Thursday, June 23, 2011

SEJARAH LIVERPOOL FC

SEJARAH LIVERPOOL? YA LIVERPOOL MERUPAKAN KELAB PALING BERSEJARAH DI EROPAH DAN ENGLAND. MUNCUL JUARA EROPAH TERBANYAK DI KALANGAN KELAB-KELAB ENGLAND. PERKARA INI LAH YANG DICEMBURUI OLEH BIGCLUB EPL TERMASUK ARSENAL, MAN U, DAN CHELSEA. JOM KITA IKUTI SERBA SEDIKIT FAKTA DAN SEJARAH DARI DULU SAMPAI LAH SEKARANG OLEH SEDARA YIPPI YG JUGA BRO KPD WEBTEAM KAMI.
Liverpool F.C. ditubuhkan pada 15 Mac, 1892 oleh John Houlding, pemilik padang Anfield. John Houlding memutuskan untuk menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri selepas bertelingkah mengenai kadar sewa dengan tuan punya kelab Everton F.C. yang sebelum itu menyewa padang Anfield daripada John Houlding. Dalam 1891 John Houlding, membeli tanah lapang bersebelahan Anfield dan mencadangkan menaikkan sewaan daripada £100 kepada £250 setahun. Ahli-ahli kelab Everton membantah dan meninggalkan Anfield dan berpindah ke Goodison Park.
Ditinggalkan dengan tanah kosong dan 3 orang pemain, John Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri. Pada 15 Mac 1892, Liverpool F.C. ditubuhkan. . John McKenna dilantik menjadi Pengarah dan Pengurus Pasukan dan terus mengambil 13 orang pemain profesional dari Scotland untuk menyertai Liverpool. Nama pasukan yang ditubuhkan oleh John Houlding pada asalnya hendak didaftarkan atas nama Everton, tetapi hajatnya ditolak oleh Persatuan Bolasepak England. John Houlding seterusnya memilih nama Liverpool untuk kelab barunya. Pada tahun 1894, Liverpool telah dipilih untuk menyertai liga bola sepak.
Kemasukan ke Liga Inggeris
Permohonan Liverpool untuk menyertai Liga Bola Sepak Inggeris ditolak. Liverpool kemudiannya menyertai Liga Lancashire, dan menang permainan pertama mereka mengalahkan Higher Walton dengan jaringan 8-0 di Anfield. Gol pertama dijaringkan oleh Liverpool dan perlawanan kompetitif disumbat oleh Malcolm McVean. Pada penghujung musim pertama dalam Liga Lancashire, Liverpool muncul juara dan berjaya mengalahkan Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Liverpool Senior Cup. Inilah pertama kali kedua pasukan tersebut bertemu dalam perlawanan 'Merseyside Derby'. Selepas itu, Liverpool dilantik menyertai Liga Bola sepak Inggeris.

McVean juga menjaring gol pertama Liverpool dalam perlawanan Liga apabila Liverpool mengalahkan Middlesbrough Ironopolis. Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah, dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris. {xtypo_quote_right}Liverpool mengakhiri musim pertama mereka dengan rekod tanpa kalah, dan menjuarai Divisyen 2 Liga Inggeris.{/xtypo_quote_right} Dalam perlawanan ujian menentang Newton Heath (kemudiannya menjadi Manchester United), Liverpool menang 2-0 dan dinaikkan untuk menyertai ke Divisyen 1 Liga Bola Sepak Inggeris.

Dalam tahun 1896, Liverpool menukar warna jersi mereka daripada biru dan putih kepada jersi merah dan putih. Dalam tahun 1901, Liverpool memenangi kejuaraan Liga mereka yang pertama, pencapaian itu dapat diulangi dalam tahun 1906. Liverpool pertama kali bertanding dalam perlawanan akhir Piala F.A. dalam tahun 1914 tetapi tewas 1-0 kepada pasukan Burnley. Perlawanan itu adalah perlawanan kali terakhir diadakan di Crystal Palace, dan dihadiri oleh King George V.

Dalam tahun 1922 dan 1923, Liverpool menang kejuaraan Liga Inggeris dua tahun berturut-turut, dengan pasukan yang diketuai Ephraim Longworth. Tetapi selepas itu, Liverpool ketandusan kejayaan sehinggalah menjadi juara semula dalam tahun 1947.
Liverpool juga menjadi naib juara Piala F.A. tahun 1950.

Zaman Gemilang Di Bawah Pengurusan Bill Shankly



Menjadi pengurus Liverpool bulan Disember 1959. Dalam tempoh 15 tahun berikutnya, Bill Shankly membawa Liverpool menjadi salah satu pasukan paling ternama di Eropah. Dalam tahun pertama pengurusannya, beliau membuang 24 orang pemain. Beliau membeli Ian St. John dan Ron Yeats dari Scotland selepas mendapatkan striker Roger Hunt, pemain sayap Ian Callaghan dan pemain pertahanan Gerry Byrne.

Dalam musim ketiga pengurusannya, Bill Shankly memenangi kejuaraan Divisyen Kedua Liga Inggeris dengan jurang 8 mata dan dinaikkan bertanding dalam Divisyen Satu Liga Inggeris. Sejak itu, Liverpool kekal di dalam Divisyen paling atas Liga Inggeris sehinggalah ke hari ini. Liverpool tidak pernah mengakhiri musim pertandingan dengan kedudukan lebih rendah daripada tempat ke-8.
Tahun 1964 menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan Divisyen Satu Liga Inggeris buat kali pertama dalam masa 17 tahun. Pada tahun itu juga Bill Shankly menukar warna jersi Liverpool daripada merah dan putih kepada warna merah keseluruhan, dan warna tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.

Di musim berikutnya, Liverpool pertama kali memenangi Piala F.A. setelah mengalahkan Leeds United 2-1 dalam perlawanan akhir. Liverpool juga pertama kali beraksi dalam pertandingan di benua Eropah, tetapi tersekat di peringkat separuh akhir Apabila dikalahkan Inter Milan.

Liverpool pertama kali bertanding di peringkat akhir pertandingan Eropah dalam tahun 1966 apabila mereka tewas pertandingan untuk Piala Pemenang-Pemenang Eropah (European Cup Winners Cup, kini Piala UEFA) kepada Borussia Dortmund. Bill Shankly memperkuatkan skuad pemainnya. Beliau membeli Emlyn Hughes dan Ray Clemence daripada kelab-kelab dalam Liga bawahan. Beliau kemudian mendapatkan Kevin Keegan dalam tahun 1971 dan pasukan yang beliau bawa sejak tahun 1960-an ditukarkan secara perlahan dengan pemain-pemain baru.

Tahun 1973 membawa kejayaan besar bagi Liverpool dan Bill Shankly. Liverpool menang kejuaraan Liga buat kali kelapan, dan mencapai kejayaan pertama di Eropah apabila memenangi Piala UEFA setelah mengalahkan Borussia Moenchengladbach.

Pada tahun 1974, Liverpool menjadi juara Piala F.A. tetapi menerima kejutan apabila Bill Shankly mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengurus Liverpool. Beliau memberi alasan tekanan yang semakin bertambah selepas 15 tahun menerajui Liverpool. Walaupun Liverpool memujuk Bill Shankly untuk menarik semula keputusan untuk berhenti, Bill Shankly tetap dengan keputusannya dan mencalonkan Bob Paisley sebagai penggantinya.
Tradisi Boot Room



Masa Bill Shankly menerajui Liverpool, satu tradisi baru telah dimulakan. Beliau banyak menggunakan kumpulan yang dipanggil Kumpulan 'Boot room' kerana kumpulan ini berjumpa dan berbincang di dalam bilik yang digunakan untuk menyimpan but dan pakaian pemain-pemain bola. Bilik ini terletak di bawah Main stand di Anfield.

Semasa Bill Shankly dilantik menjadi pengurus Liverpool, beliau membuat rombakan besar kepada skuad pemainnya. Daripada kumpulan jurulatih, beliau mengekalkan Bob Paisley, Reuben Bennett dan Joe Fagan. Kumpulan ini dijadikan asas kepada Kumpulan Boot room Liverpool. Kumpulan ini membincangkan prestasi pemain, kaedah latihan, taktik permainan dan membuat penilaian mengenai pasukan lawan untuk permainan berikutnya.

Keahlian kumpulan ini menyeluruh, daripada jurulatih sehinggalah kepada pengintip yang membuat tinjauan dan kajian mengenai pasukan lawan. Ahli-ahli Kumpulan boot room termasuk Bob Paisley, Ronnie Moran, Joe Fagan, Reuben Bennett dan Roy Evans. Geoff Twentyman menjadi pencari bakat, dan membawa pemain seperti Alan Kennedy ke Anfield. Geoff Twentyman menyamar ketika melihat pemain-pemain yang sedang dinilai, supaya tiada siapa yang tahu bahawa Liverpool berminat dengan pemain tersebut.

Phil Thompson juga menjadi ahli Boot room sehingga beliau dipecat oleh Greame Souness.

Antara perubahan yang dibawa oleh Bill Shankly dan pasukan Boot Room adalah menjadikan pusat latihan di Melwood menjadi pusat latihan moden dan lengkap. Permainan 5 sebelah diperkenalkan untuk memupuk falsafah permainan Liverpool - Pass and move, keep it simple. Pemain akan lapor diri di Anfield dan pergi ke Melwood dengan bas, dan selepas berlatih akan pulang ke Anfield dengan bas. Pemain-pemain makan bersama, dan makanan dikawal. Pemain-pemain akan dipastikan mengadakan latihan "warm down' dengan betul untuk menghindarkan kecederaan. Kejayaan rutin yang diperkenalkan dapat dilihat dengan nyata apabila Liverpool menjadi juara dalam tahun 1966 dengan hanya menggunakan 14 orang pemain.
Ahli-ahli kumpulan boot room sering dipilih sebagai pengurus Liverpool Bob Paisley, Joe Fagan, Ronnie Moran, Roy Evans semuanya anggota penting kumpulan Boot room


Tragedi Hillsborough

Merupakan satu tamparan hebat kepada Liverpool. Tragedi ini berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala F.A. tahun 1986. Beratus-ratus penyokong Liverpool terhimpit disebabkan oleh luruan penonton yang melarikan diri daripada kebakaran di salah satu teres tempat duduk penonton di Stadium Hillsborough.94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke 96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma. Laporan Taylor yang disiapkan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Tayor mengenalpasti kesesakan berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis sebagai punca tragedi.
94 orang penyokong Liverpool mati pada hari kejadian, sementara seorang lagi maut 4 hari kemudian. Mangsa ke 96 mati selepas berada 4 tahun di dalam koma.
Kini, satu memorial telah dibina di Anfield untuk memperingati 96 penyokong tersebut. Mereka juga diabadikan dengan dua nyalaan api kekal di dalam logo rasmi kelab Liverpool. Memorial Hillsborough terletak bersebelahan Shankly Gates di Anfield.Majlis memperingati mereka diadakan setiap tahun. Liverpool akan meminta menangguhkan perlawanan sekiranya tarikh perlawanan bercanggah dengan tarikh memperingati kumpulan 96 Hillsborough.

No comments:

Post a Comment

Followers

Popular Posts