Tuesday, May 24, 2011

TELITI dah IHSAN

Kecemerlangan adalah matlamat diimpikan bukan saja oleh individu tertentu, malah juga oleh sesuatu organisasi berwawasan. Kecemerlangan adalah natijah daripada beberapa siri kejayaan dalam semua aspek diharapkan.
Tiada kecemerlangan bersama dengan kelemahan, kegagalan atau mundur ke belakang. Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola individu atau masyarakat.
Lihat gambar ini, bukankah ia menunjukkan sikap yang sangat patut di amalkan oleh yang beragama islam? Umat islam seharusnya atau sewajibnya melakukan semua kerja dengan penuh teliti, bukan sahaja solat, tetapi setiap pekerjaan. Kita disarankan untuk melakukan setiap pekerjaan dengan niat kerana Allah swt, sudah tentu amalan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan teliti.
Janganlah kita membuat segala perkara sambil lewa. Hendakkah kita dilayan sambil lewa di mana kaunter? Sudah tentu tidak, tetapi pernah kita terfikir, ia adalah balasan kerana kita selalu bersikap lewa kepada orang lain atau terhadap diri kita sendiri. Bukankah kita akan dibalasi dengan tindakbalas pada setiap tindakan?

Sama-samalah kita renungi diri kita dan insyaAllah memperbaiki diri sendiri. Barakallahufih. Selamat Muhasabah dan melakukan perubahan! :D

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَتَبَيَّنُواْ وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ أَلْقَى إِلَيْكُمُ السَّلاَمَ لَسْتَ مُؤْمِنًا تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَعِندَ اللّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ كَذَلِكَ كُنتُم مِّن قَبْلُ فَمَنَّ اللّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُواْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan "salam" kepadamu: "Kamu bukan seorang mukmin" (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, karena di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmat-Nya atas kamu, maka telitilah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan
(Surah An-Nisa 4: Ayat ke 94)

No comments:

Post a Comment

Followers

Popular Posts