Tuesday, October 4, 2011
CEMBURU ORANG BERSOLAT
Cemburu Orang Bersolat
Sebagai Muslim yang baik akal fikirannya, cukup ilmu asas agama Fardhu Ainnya. Pastinya akan tahu bahawa rukun Islam yang kedua selepas mengakui tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad adalah Rasullah ialah mendirikan solat. Sembahyang menyembah Yang Maha Esa. Malah ramai juga di antara kita yang tahu bahawa meninggalkan solat seolah-olah meruntuhkan agama.
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda :
"Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah S.W.T dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Malah Saidina Umar bin Al-Khatab r.a pernah berkata: "Sesiapa yang memelihara solat dan tetap pengerjakannya bererti dia memelihara agamanya. Sebaliknya, sesiapa yang mencuaikannya maka dia lebih-lebih lagi akan mensia-siakan kewajipan-kewajipan agama yang lain." Alhamdulillah semua yang benar Muslim pasti akan sedar dan tahu serta melakukan ibadah wajib ini. Paling kurang ibadah wajib ini dilakukan lima kali sehari. Sesudah itu orang-orang yang bersolat pasti akan cemburu kepada mereka yang dapat solat secara istiqamah (konsisten/ berterusan) tepat pada waktunya. Ini adalah kerana Rasullah S.A.W pernah bersabda.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kemudian itu orang-orang yang bersolat akan cemburu kepada mereka yang dapat solat berjemaah secara istiqamah (konsisten/ berterusan). Semua orang yang cemburu itu tahu bahawa kelebihan solat berjemaah iaitu kelebihanya ialah sebanyak 27 kali darjat. 27 kali darjat didarabkan lima bersamaan 135 darjat. Tidakkah orang yang bersolat akan cemburu dengan ganjaran seperti ini.
Daripada Ibn 'Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sembahyang berjemaah lebih utama dari sembahyang sendirian, 27 darjat."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Kemudianya orang yang bersolat ini akan terus cemburu. Sungguh cemburu orang yang bersolat ini. Mereka cemburu pula untuk berlumba-lumba menempatkan diri di kalangan jemaah di barisan paling hadapan.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Seandainya orang ramai mengetahui betapa besarnya pahala azan dan merapati saf yang pertama (di masa solat berjemaah), kemudian mereka tidak menemui jalan untuk memperolehinya melainkan dengan membuat undi (giliran), nescaya mereka akan berbuat demikian. Juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala segera (pergi ke masjid) untuk melakukan solat berjemaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Demikian pula sekiranya mereka mengetahui betapa besar pahala solat Isya dan Subuh dengan berjemaah. Mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun merangkak-rangkak".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitulah, betapa besarnya ganjaran berada di saf paling hadapan. Sehingga Rasullah S.A.W mengibaratkan para Jemaah pasti akan berebut-rebut untuk menempatkan diri mereka di saf paling hadapan. Malah jika tiada jalan untuk mendapat tempat di saf hadapan. Pasti para Jemaah akan mengadakan pengundian untuk mendapat giliran untuk mendapatkan saf hadapan.Mereka cemburu lagi. Cemburu pula kepada orang yang mengamalkan solat sunat. Yang pertama ialah solat sunat Rowatib. Solat sunat Rowatib adalah solat sunat sebelum atau selepas solat fardhu. Pasti kita pernah mendengar para guru kita membuat analogi/ perumpamaan bahawa orang yang solat wajib sahaja seolah-olah umpama mereka yang makan nasi putih sahaja tanpa lauk. Ada juga yang membuat perumpamaan seolah-olah mereka yang solat sunat Rowatib ini adalah bertujuan untuk menampung kekurangan yang ada pada solat fardhu.
Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan RA, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang bersembahyang kerana Allah Ta'ala setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam Syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga." (Riwayat Muslim)
Seterusnya yang paling besar kecemburuan orang yang bersolat ialah cemburu kepada mereka yang bangun dan mendirikan solat malam. Ketika malam sunyi dibungkus sepi. Ketika insan lain asyik shahdu diselimuti mimpi. Hamba Allah ini bangun mengejar realiti. Realiti tentang hakikat kejadian insani. Realiti bahawa dijadikan manusia di atas bumi ini, adalah untuk menjadi seorang hamba yang mengikutI segala arahan dan meninggalkan segala larangan daripada Allah SWT.
Rasullah SAW pernah bersabda :
"Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud)." (Riwayat Muslim)
Malah Rasullah SAW sendiri melakukan ibadat ini dengan begitu bersungguh-sungguh sedangkan baginda adalah Insan paling mulia yang maksum daripada sebarang dosa.
Dari Aisyah r.a katanya:
"Rasullah SAW berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;" Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" Baginda SAW lalu bersabda, "Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaqun 'alaih)
Itulah manusia teragung Rasullah SAW. Teladan teragung kita yang wajar kita ikuti sunahnya. Manalah tidak orang yang bersolat cemburu kepada mereka yang dapat melakukan ibadat ini. Rasullah SAW itu maksum. Bebas dosa. Bagaimana kita? Sebab itulah kita perlu cemburu. Rasullah SAW adalah menifestasi hamba yang bersyukur. Kita pula adalah hamba yang penuh noda dosa.Ada yang menyatakan bahawa hidup ini penuh pilihan. Terpulanglah kepada kita untuk membuat pilihan. Adakah benar telahan ini? Jika benar adakah kita punya pilihan antara menjadi hamba yang taat atau hamba yang derhaka? Yang pasti walau diberi pilihan neraka dan syurga pastinya tiada yang akan memilih neraka. Jadi benarkah hidup kita punya pilihan ? Sebab ketiadaan untuk memilih. Hamba yang soleh akan cemburu dan beriltizam untuk menghidupkan amalan bangun ditengah malam. Kerana ini adalah ibadat hamba-hamba yang soleh.
Firman Allah bermaksud:
"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka." Surah As Sajdah(16-17)
"Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan." Surah Az-Dzaariyaat: (17-19)
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu." (At- Tirmidzi)
Itulah keadaannya hamba Allah yang cemburu dan tamak kepada ibadah. Kadangkala diri kita menjadi begitu sesak dan sedih kerana tidak mampu membuat ibadah-ibadah ini. Mungkin kita hanya mampu cemburu dan bersedih kerana jauhnya amalan kita daripada amalan mereka yang soleh. Ada yang bersedih kerana hanya mampu melakukan solat wajib sahaja. Saya pernah bertanya dan menyuarakan keresahan hati saya kepada salah seorang guru saya. Ustaz Hafiz Mustafa Lubis YDP ABIM negeri Kedah sekarang. "Ustaz, bagaimana saya mahu membuat semua ibadat itu. Sedangkan mahu solat berjemaah penuh sepanjang hari pun masih amat sukar"
"Petuanya satu. Iaitu bersyukurlah" jelas beliau.
"Bersykur? Bagaimanakah hanya dengan bersyukur kami dapat melakukan ibadat-ibadat orang yang soleh ini" tanya saya lagi dengan penuh kesangsiann "Sesungguhnya taufiq dan hidayah adalah milik Allah SWT. Kita hamba tidak punya apa-apa kekuatan. Kita dapat bangun bersolat wajib pun sebenarnya adalah kerana izin dan kekuatan Allah SWT juga. Seandainya Allah SWT tidak mengizinkan. Maka kita tidak akan mampu. Kenapa bersyukur?
Ingat firman Allah SWT ini.
"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu:"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" Surah Ibrahim (7)
Adakah anda memahami maksud saya?" jelas beliau lagi sambil tersenyum. "Allah SWT yang memberi izin untuk terjadinya sesuatu. Anda kena benar-benar bersyukur dengan apa ibadat yang sedang dapat dilakukan dan tambahnya sedikit demi sedikit. Bersyukur sungguh-sungguh. Sekurang-kurang tepat pada waktunya terlebih dahulu. Tentang ibadat yang lain InsyAllah, Allah akan memberi izin untuk kita akan dapat lakukan.Ingat! Apabila kita bersyukur maka Allah SWT yang tambah nikmatnya. Dalam sudut ini. Allah SWT akan tambah nikmat kelazatan beribadat ini nanti" Ustaz membuat kesimpulan yang amat menenangkan hati tetapi menambah semarak cemburu kepada ibadat yang lain. Hati masih berbekas dengan cengkam cemburu dan iltizam. "Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat" – Umar Abd Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Popular Posts
-
Samir Nasri, Arsenal Samir Nasri is a Muslim soccer player who plays in English Premier League club, Arsenal. Because of his ball domination...
-
12 CARA MENGENALI CINTA 12:Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya. 11:Kamu berjalan de...
-
Segala puji bagi Allah, Rabb yang telah menunjuki jalan pada bersihnya hati. Sungguh beruntung orang yang mau mensucikan hatinya. Sun...
-
Dianggarkan 6 juta orang Yahudi Eropah dari keseluruhan 9 juta Yahudi telah dibunuh oleh Hitler semasa zaman kekuasaannya yang dipanggil HOL...
-
Name : Syawaluddin bin Kalake B.O.D : 25 April 1990 Religion : Original Muslim Gander : Male Ed...
-
Seringkali, tabiat, perilaku dan pendirian seseorang adalah hasil dari pengalaman masa lalunya. Semasa kecil Hitler adalah seorang anak yang...
-
Assalammualaikum Ustaz. Saya keliru dengan hukum yang menyatakan bahawa menggunakan teknik rebonding pada rambut adalah haram hukumnya. Saya...
-
Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke...
-
Buatmu akhi dan ukhti fil Islam Assalamualaikum wbt.... Buat renungan bersama... Sebelum membaca : 1.Jangan cepat melatah. 2.Baca sampai ha...
-
Bismillahirahmanirahim " Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !" " Haa? Kenapa?" " Aku nak ka...
No comments:
Post a Comment