Friday, April 6, 2012
TAHAJJUDMU. DI MANAKAH IA...?
Pernahkah kalian, wahai saudara dan saudariku di sana :
Hanya kerana ingin menunaikan solat tahajjud yang menjadi syariat Rabbaniah (sudah ditetapkan hukumnya oleh Allah SWT) sebagai sunnah Nabawiah (sunnah yang telah ditetapkan hukumnya oleh Nabi Muhammad S.A.W) ???
- Berdoa kepada Allah
- Tidur awal (segera tidur selepas menunaikan solat isyak)
- Meminta bantuan rakan untuk kejut bangun malam
- Bersungguh-sungguh berniat untuk bangun (kerana teramat rindukan Allah dan ingin memabukkan diri dengan cintaNya)
- Meninggalkan SEGALA dosa dan maksiat supaya ia tidak menjadi penghalang kepada kamu untuk bangun dan segera sujud di hadapanNya
Ketahuilah wahai saudara dan saudariku yang dicintai kerana Allah :
seseorang pernah bertanya kepada Hasan Al-Basri, bahawasanya dia enggan memaafkan orang yang pernah bersala, sehingga tidak dapat bangun solat lail (malam), walaupun dia bersungguh-sungguh berusaha untuk bangun. Hasan Al-Basri kemudian menjawab :
"Dosa yang telah kamu lakukan telah melilit tubuhmu."
(Ruhbanul lail)
Kesimpulannya saudara dan saudari, tinggalkanlah maksiat! tinggalkanlah maksiat! tinggalkanlah maksiat! Supaya dipermudahkan Ya Waliyu (Yang Maha Menguasai Urusan) untuk kalian bangun malam dan terus sujud padaNya yang sememangnya layak disembah.
dicadangkan untuk saudara dan saudari, contohilah cara tidur kekasih agung Allah, Nabi Muhammad S.A.W., di mana nabi tidur miring ke kanan sambil berzikir memuji Allah sehingga tertidur. InshaAllah, Allah akan membangunkan hambaNya yang ikhlas yang benar-benar mahukan cintaNya. saudara dan saudariku, pada mulanya memang susah, tapi lama-lama mesti boleh bangun sendiri tanpa dikejutkan. Sesungguhnya, alah bisa, tegal biasa.
Menurut Ibnul Qayyim, beliau menerangkan fadilat tidur miring ke kanan yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad seperti berikut :
" Tidur dengan miring ke kanan mengandungi hikmah yang amat bermakna bagi setiap orang yang sering bangun untuk Qiamullail. Menurut ilmu perubatan yang sudah diketahui, bahawasanya hati manusia berada di sebelah kirinya. Sehingga apabila dia tidur miring ke arah sisi kirinya, dia akan tidur nyenyak kerana hatinya telah mendapat rehat yang secukupnya. Apabila seseorang itu tidur dengan memiringkan tubuhnya ke kanan, fikirannya menjadi aktif sehingga dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. dia akan berusaha miring ke arah kiri. dengan alasan inilah para doktor menyarankan agar tidur di sebelah kiri sehingga rehatnya sempurna. Itulah sebabnya Nabi Muhammad S.A.W memberi contoh, sebaiknya tidur dengan miring ke kanan, agar tidur orang mukmin itu tidak terlalu nyenyak sehingga dia melupakan solat malam. "
(Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma'ad)
Perkara ini wahai murabbi dan murabbiahku, disokong lagi dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan daripada Barra' bin Azib r.a yang bermaksud:
"Jika kamu pergi ke tempat pembaringanmu, hendaklah kamu berwudhuk seperti wudhuknya orang solat. Kemudian berbaring ke sisi kananmu."
(Muttafaqun alaih)
Kesimpulannya, fokuslah kalian akan matlamat yang ingin dicapai dengan hati yang bersih (tidak hitam dari kesan coretan dosa-dosamu).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Popular Posts
-
Samir Nasri, Arsenal Samir Nasri is a Muslim soccer player who plays in English Premier League club, Arsenal. Because of his ball domination...
-
12 CARA MENGENALI CINTA 12:Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya. 11:Kamu berjalan de...
-
Segala puji bagi Allah, Rabb yang telah menunjuki jalan pada bersihnya hati. Sungguh beruntung orang yang mau mensucikan hatinya. Sun...
-
Dianggarkan 6 juta orang Yahudi Eropah dari keseluruhan 9 juta Yahudi telah dibunuh oleh Hitler semasa zaman kekuasaannya yang dipanggil HOL...
-
Name : Syawaluddin bin Kalake B.O.D : 25 April 1990 Religion : Original Muslim Gander : Male Ed...
-
Seringkali, tabiat, perilaku dan pendirian seseorang adalah hasil dari pengalaman masa lalunya. Semasa kecil Hitler adalah seorang anak yang...
-
Assalammualaikum Ustaz. Saya keliru dengan hukum yang menyatakan bahawa menggunakan teknik rebonding pada rambut adalah haram hukumnya. Saya...
-
Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke...
-
Buatmu akhi dan ukhti fil Islam Assalamualaikum wbt.... Buat renungan bersama... Sebelum membaca : 1.Jangan cepat melatah. 2.Baca sampai ha...
-
Bismillahirahmanirahim " Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !" " Haa? Kenapa?" " Aku nak ka...
No comments:
Post a Comment