Friday, April 13, 2012

KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT

Ada satu musim yang Allah swt meletakkan segala kebaikan untuk setahun kepadanya.Ia adalah hari Jumaat.Sabda Nabi Muhammad saw "sebaik-baik terbit matahari adalah Jumaat".Hari Jumaat telah dikhaskan kepada kita.Allah swt penuhkannya dengan kebaikan. Nabi Muhammad saw bersabda "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang, kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka setiap langkahnya dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun". Begitulah yang boleh disimpulkan tentang ketika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari jumaat: PERTAMA: Adab bersedia menyambut hari Jumaat 1.Mandi 2.Memakai pakaian terbaik dan sunat berwarna putih 3.Memakai wangi-wangian 4.Memotong kuku dan mengunting bulu yang dibolehkan 5.Melumurkan badan dengan minyak,losen atau krim Jika lima adab ini diamalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah hari Jumaat KEDUA:Adab keluar masjid 1.Berjalan ke masjid selagi mampu dan berdekatan juga boleh memandu kenderaan kemudian berjalan dari kereta ke masjid 2.Masuk ke masjid awal sebelum imam berada di mimbar 3.Menunaikan solat tahayyatul masjid (walaupn khatib telah naik ke mimbar dan berkhutbah) 4.Mendekati imam (berada di saf paling hadapan) 5.Memberi perhatian tehadap khutbah yang disampaikan KETIGA:Adab pada hari Jumaat dan malamnya 1.Membaca surah al Kahfi 2.Memperbanyak selawat kepada Nabi Muhammad saw 3.Banyakkan berdoa kerana di hari Jumaat ada waktu yang doa sangat mustajab.Sabda Nabi s.a.w; “Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment

Followers

Popular Posts